Thursday, August 27, 2009

asyik demam je...

hari ni tak sedap badan. actually dari semalam lagi. da start slesema2. ingatkan macam selalu. nak demam tak jadi, nak demam tak jadi. sekali, hambek! ni kali ke-5 tak sihat dan badan sangat tak larat. malam semalam dah makan soluble. tapi tokleh tido gak. bersin manjang. meleleh-leleh je kat hidung. (euwwww!!!!) hurmm.. nak taknak, pegi la cari hospital kerajaan. nak pegi klinik yang berdekatan, semua swasta. takut kena charge melampau2 pulak. dala sensorang. sedih je. (konon!) hee. ingat pegi check kat hosp. kerajaan, dapat la berbelanja bijak kan. yela, singget je pun bayar daftar tu. konon laa. tup2, tambang teksi je pegi-balik 24 hengget!! nak termuntah membayarnya. aduhh. sama je kalau pegi klinik2 swasta yg berdekatan nie.

hoii.!! tak hengat punye mahal tambang cab skang ye? nak pegi kolej pun da 4hengget. meter start 3hengget. semua ni angkara kenaikan yg bermula pada 1 ogos lalu la ni.. darn!

takdela, bukan apa. tapi kalau dah stok pemalas macam nurul as-shakinah ni, hari-hari malas jalan kaki. hari-hari perlukan bantuan pakcik driver teksi yg sentiasa beratur teksinya di seberang jalan rumah sewanya tu, tak ke duit habis kat tambang cab je? sibuk bising ngadu kat abah, tambang cab da naik mahal pegi balik. alasan: nak jalan kaki takde kawan same claz. (padahal ada je.. saje malas nak jalan.) hehh.. melampau betul jadi anak la nurul as-shakinah ni ek.. kojo mongabih pitih makbapak yo.. tak patut betul! tambang cab tu memahal nak watpo?? haihh..

okay okayy. berbalik kepada kisah demam tadi. ingat malas la nak g class. tapi memandangkan ada labtest, ku gagahkan juga diri ini mendaki tangga-tangga ke puncak kejayaan. ehh. okay tak. tangga ke lab biochemistry kat tingkat 3 tu. watpo laa buek lab tinggi-tinggi? buek ponat orang naik yo. (yea yea yeaa. nurul as-shakinah memang begini. dia memang suka menyalahkan semua benda/orang/situasi lain di sekelilingnya sekiranya dia berasa fed-up. (alaa, biasa la tu. takkan la korang tak macam tu.. kadang-kadang mesti ada rasa camtu gak. kan kan kann?? hee.)

tapi sebenarnya dia adalah seorang yg comel, pendiam, baik hati, juga pemalu. orang sekeliling je tak perasan.. haha! mangarut lagi. alaa.. sesekali masuk bakul angkat sendiri apa salah.. dah takde orang nak tolong angkatkan. ye tak? hehe. okay tak tak.


heyy tapi demam kali ni boleh tahan tak larat gak la. dala pakai mask jalan-jalan kat kolej. turun naik tangga. ulang alik acc dept ke exam dept. bopoluh-poluh muko den. dengan poning kpalo sampai ada satu masa ni da rasa macam terbang di awangan. sikit lagi nak jatuh. jalan terumbang-ambing. eh salah. jalan terhuyung-hayang. langgar orang sane sini suka hati je. hee.. siap pesan kat member lagi, "weyy kalau agak2 nampak kite dah terbaring kat tengah jalan tak bergerak, tolong panggil ambulans la eh" hehe..

nasib baik segalanya berjalan lancar. kat hosp check pun tak ramai orang. kat kolej labtest semua dalam sejam je. this & that, amik slip exam final sume. boleh laa bertahan sementara. tapi, balik2 memang dah tak larat gila. terus panaskan air, makan biskut oatKrunch by Munchy's yg ada 3 keping 1 pek kecik2 tu. tapi makan sekeping je pun. dengan sekotak mini sun-maid raisin. tak lalu nak makan nasi ke ape yg heavy. (ouppss! yeaa. sy tak dapat meneruskan puasa untuk hari ini. jangan bising kata alasan plak eh. dah tak larat! kena la makan ubat. hee)..

then dipendekkan cerita, akhirnya makan la ubat. ala, tapi dapat ubat apa je? paracetamol yg ada tulis KK macam biasa tu, ngan ubat batuk sebotol. semata-mata! haihh. takpela. nasib baik skang ni kurang sikit rasa tak larat tu. thanks to ubat-ubatan yg semata-mata dari klinik kerajaan seksyen 7 shah alam ye.

ouhh btw. tadi pegi tengok jadual exam final nanti. and pegi amik slip terus. KETIDAKPUASHATIAN!!!!! lagi! ye. ada ke patut si kolej ni nak buat exam tak menentu. takdela, kalau setakat sampai sabtu petang boleh accept lagi la kan. ni tak! hari ahad pun ada exam!!! "pe cer ni bro??" kolej ni memang la. mengarut betul. dah la tak bagi cuti kuarantin ke hape sementara wabak h1n1 sedang menular pesat skang ni. ini nak buat exam pulak hari ahad. tak ke mengarut namanya tu?? nasib la baik exam sy ahad tu belah pagi. kalau tak, memang dengan senang hatinya pihak kolej akan dapat maki-hamun dari nurul as-shakinah yg baik hati ni. percuma aja! (bak kata laura.) haish..

hurmm.. apa lagi ek. rasanya setakat ni dulu je entri untuk kali ini. nak buka puasa dah.. yeay!! (errr..walaupun ponteng hari ni.) hee.. SELAMAT BERBUKA PUASA. chiao!
 
Blog Template by suckmylolly.com : Header Image by Roctopus